expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
 photo anigif_zps71c7561a.gif" /> photo anigif_zps71c7561a.gif " />
✿♥ SELAMAT DATANG KE BLOG MISS nIEY, sAyAnG kOrAnG sEbAb MlwTi Blog Miss Niey NiE ✿♥


 photo anigif_zpsfd9cefd8.gif

Monday 17 June 2013

♥ ♥..temukan aku kekasih halal..♥♥

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari,Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI..
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari..
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi..
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni..
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi..
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI..
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggiTidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

Ya Rabbul Izzati…Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri.
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani..
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

Hamba amat mendambakan cinta dariMu..
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu..
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu..
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu..
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya.
Aku ingin cintaku dekat denganNya.
Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.
Dalam mencari sebuah hikayat cintaHati yang tulus murni amat sukar ditemui..
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya..

Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…
Hadirkanlah dalam cerita hidupku..
Seorang insan bernama temanYang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…

Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisahAntara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…
Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insanBersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…

Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…
Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini

Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggiDan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…
AMIN YA ROBBAL ALAMIN......

No comments:

Post a Comment

mencari keredhaan PENCIPTA

Letakkan notis atau link anda disini

(X)